4 Perkara Perlu Menjelang Puasa

Share this:

Pejam celik tinggal beberapa hari saja lagi umat Islam akan menyambut bulan Ramadan. Adakah anda sudah bersedia untuk menjalani Rukun Islam ketiga itu?

Selalunya, badan kita mesti akan terkejut bila mula hari pertama puasa. Jadi untuk pastikan badan kita tidak terkejut daripada menahan lapar dan dahaga, pastikan anda persiapkan diri dengan empat perkara ini terlebih dahulu.

1. Kurangkan hidangan makanan

Mulakan makan dengan hidangan kecil. Kurangkan juga makan makan makanan yang masin dan manis, banyakkan minum air kosong untuk biasakan diri.

2. Jangan asyik nak mengunyah je

Selalu masa tengah kerja depan computer kerja duk asyik mengunyah keropok lah, gula-gula lah apa semua. Mulai hari ini, apa kata anda hentikan takut nanti tabiat tu buatkan korang rasa lapar je nanti masa bekerja pada bulan puasa nanti.

3. Makan lebih awal

Ambil sarapan pagi lebih awal dari biasa. Tak ada badan tu terkejut tiba-tiba bila nak makan sahur masa puasa nanti.

4. Betulkan jadual tidur

Siapa yang selalunya suka sangay tidur pukul 12 malam tu atau lewat malam, mulakanlah tidur lebih awal. Takut nanti tak pasal-pasal terlajak nak bangun sahur. Menangis tak berlagu nanti, mulalah ‘niat’ tak nak puasa.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Bloggers

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *