Aliff Aziz Kantoi Curang Lagi kali Ni Dengan Gadis Tik Tok Pula

Share this:

Sekeping foto memaparkan aksi mesra tanpa baju pelakon dan penyanyi mirip Aliff Aziz bersama seorang gadis yang didakwa berusia 17 tahun tular di media sosial pagi ini.

View this post on Instagram

Thanks slalu ade beb❤️

A post shared by @ nismelll__ on

Foto swafoto yang dipercayai dirakamkan oleh gadis bernama Nismel itu telah disebarkan oleh rakan baiknya yang dikenali sebagai Manja ekoran perselisihan faham mengenai hutang.

“Apalah laki orang pun kau nak check in aku pun tak faham tapi duit hutang still tak bayar.

“Perempuan jenis apa kau ni Nismel?

“Kesian bini dia, kau sikit kesian pun takde dengan anak anak dia lagi.

“Allahu semoga Tuhan balas apa yang kau buat dekat orang. Tunggulah karma tu ada!” tulis gadis terbabit.

Gadis itu terus memuat naik beberapa bukti lain termasuk perbualannya bersama isteri Aliff, Bella Astillah.

Hahaha as you can see, im sorry for bukak kan aib alif aziz pun he’s totally cancelled, bini dah lawa anak dah comel apa lagi tak cukup ???!!! pic.twitter.com/jeZU45HkuG— ♡ (@niairwan7) May 13, 2019

Bagaimanapun, menerusi kemas kini terbaharu akaun Instagram @nismellll_, gadis berkenaan menegaskan tidak mengenali lelaki bernama Aliff Aziz.

“Yang kau kau tnya aku kenapa? Aku pun tak tahu, Aliff Aziz mana ek?

“Bila masa pula aku lepak dengan Aliff?” jawabnya menerusi Instastories.

“Bila masa pulak aku pernah lepak dengan dia” haha confident dia gempak 🤔 pic.twitter.com/UCRLS6LipP— ♡ (@niairwan7) May 13, 2019

Malah, gadis berkenaan berang apabila fotonya disebarkan semata-mata masalah sesama mereka.

“Wey ka nak kutip hutang jangan viral gambar aku. Korang tak tahu cerita jangan lebih-lebih.

“Baik kau delete gambar tu kau memang takde otak,” gertaknya.

Sementara itu, menerusi tinjauan di Instagram, masing-masing akaun Aliff dan gadis itu mengikuti satu sama lain.

Malah, akaun Aliff mula diserang dengan pelbagai persoalan dan komen daripada netizen yang muak dengan sikap ‘playboy’ Aliff.

Sama juga di ruangan komen akaun Instagram Bella yang mula dihujani kata-kata semangat dan motivasi untuk memperjuangkan hak.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *