Honda Civic Hatchback 2019 Telah Tiba

Share this:

Setelah memperkenalkan versi yang telah dikemaskini pada model Civic Coupe dan Sedan awal tahun lalu, kini Honda melancarkan Civic Type-R dan Civic Hatchback yang juga diberi nafas baharu untuk model tahun 2019.

etelah memperkenalkan versi yang telah dikemaskini pada model Civic Coupe dan Sedan awal tahun lalu, kini Honda melancarkan Civic Type-R dan Civic Hatchback yang juga diberi nafas baharu untuk model tahun 2019.

Butang kawalan pada stereng juga telah diringkaskan tahap operasinya manakala sistem brek parkir elektrik kin mempunyai lampu indikasi yang akan menyala ketika ciri tersebut dihidupkan. 

Manakala ciri-ciri lain termasuklah tempat pemegang cawan yang telah diperbesarkan, serta butang fizikal bagi kelajuan kipas untuk model yang dilengkapi dengan sistem kawalan iklim dua zon automatik. 
 


Tiada sebarang perubahan pada nadi kuasa Type R 2.0 liter turbo yang menghasilkan 306 kuasa kuda dan 400 Nm daya kilas sebelum digandingkan dengan transmisi manual enam kelajuan dan ciri rev matching. 

Sistem suspensi boleh laras yang datang secara standard itu kini hadir dengan tiga mod yang berbeza manakala warna luaran pula menerima pendatang baharu iaitu Sonic Gray Pearl. 

Civic Hatchback 2019 pula akan hadir dengan varian seperti LX, Sport, EX, EX-L (dengan ciri navigasi) dan juga Sport Touring. 

Sistem keselamatan Honda Sensing didatangkan standard untuk kesemua varian yang merangkumi beberapa ciri seperti amaran pelanggaran hadapan, bantuan pengekalan laluan, dan juga amaran penukaran laluan.

Civic Hatchback masih dijana menggunakan enjin turbo empat silinder 1.5 liter yang menghasilkan 174 kuasa kuda dan 180 kuasa kuda (untuk varian Sport Touring). 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *