Hukuman Penjara 9 Bulan Dijatuhkan Keatas Farid Kamil

Share this:

Mahkamah Majistret Petaling Jaya Hari ini menjatuhkan hukuman penjara sembilan bulan ke atas pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil Zahari atas kesalahan menggunakan dadah jenis ganja Tetra Hydrocannibol (THC), Januari tahun lalu.

BH Online melaporkan, hukuman djatuhkan oleh Majistret Nor Ariffin Hisham, selepas Farid Kamil yang sepatutnya tampil untuk membela diri hari ini memilih untuk berdiam diri.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh berada di bawah pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun.

Mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah dan mahkamah mensabitkan tertuduh bersalah

Dalam prosiding itu, mahkamah juga tidak membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk penangguhan pelaksanaan hukuman.

Mengikut laporan, Farid Kamil akan dibawa ke Penjara Kajang dan hukuman penjara itu diperintah bermula tarikh sabitan iaitu hari ini.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *