Jenama Drone Terbesar Dunia Dji Perkenalkan Camera Mini “Osmo Action” Yang Bakal Menyaingi Kamera Aksi Gopro.

Share this:

Syarikat pengeluar dron terkemuka dari China, DJI hari ini telah perkenalkan produk terbaru mereka iaitu kamera aksi Osmo Action.

DJI mengungkapkan produk terbaru mereka ini sebagai sebuah kamera aksi tahan lasak, canggih dan bakal membuka lembaran baru dunia kreativiti kepada para pengguna profesional mahupun peminat aktiviti sukan lasak.

Osmo adalah sebuah kamera aksi yang dibuat dengan ciri kalis debu, tahan gegaran, kalis air (sedalam 11 meter) serta mampu beroperasi di bawah suhu sejuk beku (-10 darjah celcius).

Ia juga dilengkapi dengan 2 skrin iaitu di depan (saiz paparan 1.4″) dan di belakang peranti (saiz paparan 2.25″) serta dikuasakan oleh sistem operasi Action OS sebagai antaramuka penggunanya.

Kamera ini mampu merakam kualiti video tertinggi 4K/60fps atau video 4K/30fps High Dynamic Range (HDR).

Osmo turut dimuatkan dengan pelbagai ciri menarik bagi membolehkannya merakam video berkualiti tinggi seperti ciri RockSteady yang menggunakan teknologi DJI Electronic Image Stabilization (EIS) bagi merakam video tanpa gegaran serta menyokong arahan suara dengan adanya ciri Osmo Action’s Voice Control.

DJI Osmo Action berharga USD349 dan akan boleh mula dibeli menerusi laman store.dji.com dari 15 Mei ini.

Jadi sekiranya anda inginkan kamera aksi alternatif selain GoPro, anda bolehlah dapatkan DJI Osmo Action ini nanti.

Untuk info lanjut tentang produk terbaru dan menarik ini, sila layari laman rasmi DJI Osmo Action.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *