Koleksi Kereta Lumba Pengedar Dadah Di Lelong

Share this:

Sekitar tahun lalu, sebuah serbuan telah dibuat oleh pihak perkuasa Amerika Syarikat keatas seorang individu yang dikhendaki diatas kesalahan mengedar ganja dengan jumlah 680 kilogram. Diatas kesalahan yang dibuat, beliau mungkin dihukum penjara selama 40 tahun.

Selain menjalankan bisnes pengedaran ganja, beliau turut memiliki sebuah bengkel kereta sukan yang menempatkan koleksi kereta miliknya terdiri daripada koleksi kereta JDM idaman ramai dimana koleksi ini bakal dilelong tidak lama lagi.

toyota_supra_3781937_6_orig

SUMBER: CAR DIRECTORY

Antara kereta yang bakal dilelong terdiri daripada Nissan GT-R, Toyota Supra Turbo, Nissan Skyline GTR, Mazda RX-7 Turbo, Mitsubishi Lancer Evo VI Tommi Makinen GSR dan pelbagai lagi model lain. Anda boleh klik disini untuk melihat senarai penuh kereta yang dilelong.

Dikatakan punca kereta-kereta ini dilelong berikutan pemilik kereta tidak mengikut garis panduan undang-undang negara Amerika Syarikat keatas kereta yang berusia 25 tahun dan keatas sekaligus membuatkan sejumlah besar kereta disita dan dilelong.

IMG_3960

SUMBER: MIND OVER MOTOR

Antara yang mengejutkan ramai sudah pastinya tiga model Toyota Supra yang dimilikinya serta model Mitsubishi Lancer Evolution VI “Tommi Makinen Edition” yang dikeluarkan khas pada tahun 2000. Acara lelongan kereta ini bakal dilangsungkan tidak lama lagi yang mungkin menarik perhatian ramai berdasarkan koleksi kereta yang dimilikinya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *