Lokasi Terbaik Dan “Awesome” Untuk Ambil Gambar Seperti Insta Famous

Share this:

Biasanya waktu raya nanti mestilah semua benda nak kena cantik-cantik kan? Baju cantik, rumah cantik, langsir cantik dan yang paling penting gambar pun wajib cantik. Tapi kalau nak bergambar raya, mestilah pilih latar belakang yang best dulu. Baru la mood raya onz!

Apa kata untuk gambar raya tahun ni korang cuba buat kelainan sikit. Jom kita pakat bergambar ala-ala instafamous. Berikut admin kongsikan 5 lokasi insta-worthy untuk korang check in masa raya nanti.

1. Changkat, Bukit Bintang

Siapa kata beraya dekat KL tak syok? Korang tengok la gambar dekat atas ni, dengan adanya corak-corak mural yang begitu cantik dan menarik, admin yakin gambar raya korang mesti terlebih cun. Siapa je yang tak suka gambar ‘hispter’ kan? Bayangkan gambar raya korang dengan latar belakang warna-warni memenuhi feed Instagram nanti. Barulah raya!

Lokasi: 64, Changkat Bukit Bintang, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu: Dibuka 24 jam setiap hari.

2. Astaka Morocco, Putrajaya

Astaka Morocco ini adalah tempat yang paling tepat dan sesuai untuk korang yang sukakan latar belakang dan suasana negara Timur Tengah. Cantik weh kalau ambil gambar berlatar belakang ukiran dinding dan pintu di sana, siap ada fountain dekat tengah-tengah astaka yang bakal membuatkan gambar raya korang tahun ni lebih wow dan insta-worthy!

Lokasi: Presint 1, 62000 Putrajaya, Malaysia.
Waktu: 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari, 2.00 petang hingga 5.00 petang. Tutup setiap Selasa.

3. Batu Caves Gombak, KL

Macam biasa, Batu Caves sentiasa jadi pilihan pelancong untuk berswafoto, jadi tak salah kalau korang pun singgah sekejap ambil gambar raya di sini. Korang pun tahu kan Batu Caves sekarang dah berubah wajah.

Kini 272 anak tangga yang merupakan laluan utama untuk menuju ke kuil di dalam gua sudah dicat dengan pelbagai warna seolah-olah pelangi. So, sesuai sangat kalau korang pilih lokasi ini sebagai salah satu tempat berswafoto raya nanti. Memang cantik dan colourful!

Lokasi: Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor.
Waktu: 6.00 pagi hingga 9.00 malam

4. Jambatan Angkat, Terengganu

Sejak mula dibina pada Ogos 2014 sehingga ia sudah siap sepenuhnya April lalu, Jambatan Angkat di Terengganu terus mendapat perhatian di Malaysia. Mana tidaknya kalau pemandangan dekat sini dah macam dekat luar negara. So, orang Pantai Timur yang mana balik beraya tu, jangan lupa singgah ambil gambar raya korang dekat sini.

Lokasi: Jambatan Angkat, Kuala Terengganu
Waktu: Dibuka setiap hari

5. Tukang Besi, Jonker Street, Melaka

Alang-alang nak makan angin time raya nanti, elok juga kalau kita terus ke negeri Melaka. Admin yakin semua orang pun tahu dekat Melaka memang banyak tempat yang cantik-cantik kan? Makesure korang singgah di Tukang Besi, Jonker Street jugak tau sebab kat sini background gambar pun memang cun.

Lokasi: Jalan Tukang Besi, 75200, Melaka
Waktu: Dibuka setiap hari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *