Netizen Meluat Melihat Gambar Lan Pet Pet Cium Pak Ya “Dah la tak payah lebih2 sangat…” -Netizen

Share this:

Sebelum ini pernah menjadi buah mulut ramai berkaitan kes pergaduhan mengenai pelawak Lan Pet Pet dan pengawal keselamatan wagra emas, dikenali sebagai Pak Ya.

Umum sedia maklum, bahawa pelawak tersebut telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Pak Ya, di atas tindakannya mengasari warga emas tersebut.

Bagi menebus rasa bersalahnya, Lan Pet Pet mahu menaja Pak Ya dan isterinya menunaikan umrah sekaligus membatalkan saman terhadapnya.

Sudah2 la nak cium dia…

Melihat kedua mereka sudah berdamai adalah sesuatu yang baik, namun apa yang mendatangkan isu adalah gelagat Lan Pet Pet yang dilihat kerap kali mencium pipi Pak Ya, membuat netizen berasa sangat meluat.

Malah, sehingga ada yang menjadikan ia sebagai bahan jenaka, disebabkan ada yang kurang senang dengan gelagat pelawak tersebut yang berulang kali mencium Pak Ya sehingga ada yang menyifatkan ia agak menjengkelkan.

OMG tolong la berhenti cium pakcik tu…

Ini adalah antara komen netizen yang jelas naik meluat dengan gelagat Lan Pet Pet yang berulang kali mencium wajah warga emas itu, malah ada yang mula mendakwa Pak Ya sendiri berasa tidak selesa.

Memang setiap kali ambil gambar kena cium ke?

Dah macam rancangan Bersamamu…

Dah nak naik herot muka pakcik tu kena cium

Udah-udah la tu Lan…

Nampak macam psycho ada la…

Pakcik ni takde pon senyum?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *