Pengunjung Tertarik Melihat Model Kenderaan Terbang..

Share this:

LANGKAWI – Sekiranya anda berminat untuk melihat bagaimana bentuk sistem mobiliti udara, Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA’19) adalah lokasi terbaik untuk anda.

Walaupun ia hanyalah sekadar model, orang ramai dapat idea yang jelas tentang rupa fizikal kenderaan yang boleh diterbangkan, satu hari nanti.

Dikenali sebagai Vector, penampilan sulung kenderaan itu di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini telah mencuri tumpuan edisi kali ini apabila ramai pengunjung tertarik untuk melihatnya.

Kebanyakan pengunjung menyangka Vector adalah kereta terbang yang hangat diperkatakan, tetapi ia bukanlah seperti yang mereka fikirkan.

Pengarah Kanan Perundingan dan Pembangunan Perniagaan Aerodyne Group, Imtyaz Mohd. Azzat menafikan idea bahawa syarikat itu sedang membangunkan kereta terbang iaitu Vector, yang mana lebih tepat, direka untuk menjadi sistem pengangkutan udara dari satu destinasi ke destinasi lain. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *