SKMM sekat portal sebar video ghairah mirip menteri

Share this:

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menyekat akses kemasukan ke sebuah portal yang memuat naik video lucah mirip seorang menteri kanan semalam.

Sehingga semalam, portal tersebut didapati memuat naik video berkenaan namun hari ini, portal tersebut tidak lagi boleh diakses.

Begitupun, tinjauan Sinar Harian mendapati ia masih boleh diakses menggunakan telefon pintar tertentu namun berita dan video tersebut tidak lagi berada di dalam portal itu.

Memetik laporan The Star, sumber SKMM memaklumkan portal tersebut berulang kali dinasihatkan supaya menurunkan video berkenaan namun mereka tidak mengendahkannya.

Paparan skrin portal yang sudah tidak dapat diakses lagi.
Setakat ini, SKMM tidak menyatakan sebab terperinci mengapa portal itu disekat namun hanya memaparkan notis awam berkaitan sekatan itu.

MAKLUMAN

“Laman sesawang ini tidak dapat diakses di Malaysia kerana kandungannya melanggar undang-undang negara,” menurut notis tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *