WhatsApp Perkenalkan Ciri “tolak atau terima Jemputan masuk group”

Share this:

Pada Februari yang lalu, WhatsApp dilaporkan sedang menguji ciri yang membolehkan pengguna menerima atau menolak jemputan masuk ke dalam sesuatu grup perbualan.

Berdasarkan pengumuman terbaru yang dibuat, ciri tersebut sudah dilancarkan dan bakal dinikmati pengguna tidak lama lagi.

Tetapan ciri ini boleh dibuat dengan cara pergi ke Settings > Account > Privacy > Groups. Paparan seterusnya, pengguna boleh memilih antara Nobody, My Contacts atau Everyone.

  • Everyone – Sesiapa sahaja boleh tambah masuk anda kedalam grup. Tiada jemputan diterima.
  • My Contacts – Hanya kenalan boleh tambah anda pada bila-bila masa. Selain daripada kenalan, jemputan ke dalam grup akan diberikan.
  • Nobody – Kenalan atau pengguna lain tidak boleh tambah masuk anda ke dalam grup. Hanya jemputan akan diberikan kepada anda.

Jemputan itu akan diberikan pada ruang perbualan peribadi dan pengguna mempunyai masa 3 hari untuk menerima atau menolak jemputan tersebut sebelum ia tamat tempoh.

Dengan wujudnya ciri ini, anda diberikan lebih kawalan sebelum ditambah masuk kedalam grup perbualan yang mungkin tidak digemari.

Ia mula ditawarkan ke beberapa pengguna dan akan dilepaskan dengan lebih meluas pada minggu yang mendatang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *